Semalam adalah sambutan hari lahir saya yg ke ...ehem-ehem..46 tahun..dah semakin tua sekarang..memikirkan umur yg meningkat sememangnya satu ketakutan bagi saya kerana sebenarnya umur ini makin berkurang, hayat kita semakin sikit sebenarnya..Alhamdulillah saya masih lagi bernafas dan Allah masih lagi lagi memberi saya kesihatan yg baik hingga kini. tapi sambutan hari lahir saya telah di buat 3 hari lebih awal..!
Suami dan anak2 telah memberi kejutan pd saya ketika mana ingatkan nak makan2 lepas ke Halfest..mmg dah program nak makan arabic food kat zam2 restoran tp tiba2 bertukar lokasi kt masalam..oklah pd mulanya..sbb asma' kata nak belanja sbb dpt gaji pertama..Tiba2 dia kata nak ke atm nak keluarkan duit..nak keluar jp...tup2 bawak balik...
kek icecream buskin robbin!!!
Dengan penuh terharu saya merasakan alangkah indah hari ini, memotong kek sambil ditemani suami dan anak2. Lucunya kek ni susah nak potong sbb icecreamnya keras sangat.
Diaorang cakap inilah masa yg paling sesuai sbb semua family berkumpul. yalah..kebetulan mmg hari cuti balik kg utk izzat, sofi - cuti semester, along dan angah ada balik..Oh..baru saya faham kenapa dibuat awal sambutan kali ni.
Hati berbunga bahagia dan bangga sambil kami menikmati makanan arab di restoran tu.
Saya tidak mengharapkan apa2 ketika ni, cukuplah adanya sebuah keluarga yg dianugerahkan Allah pd saya tapi rupa2nya ada lagi kejutan...
Suami menghadiahkan set periuk setibanya kami di rumah. Entah bila diaorang ni membeli saya pun x tau.Selidik punya selidik rupa2nya hari sebelumnya bila tiba2 angah kata nak repair kereta, rupanya berpakat dgn abahnya pergi shoping..saya senyum bahagia.terima kasih suami dan anak2ku..
Semoga rasa bahagia ini kekal selamanya..amin. Sebagai ummi, apa yg paling membahagiakan saya ialah bila melihat anak2 berjaya dlm pendidikan dan mudah2an akan berjaya dlm hidup dgn REDHA dr ALLAH,
bila along konvo 2 tahun lepas..saat bahagia bg saya.
Walau apapun, syukur pd ilahi kerana masih memanjangkan umur ini utk melihat anak2 membesar dan menikmati hidup bersama suami dan anak2 tersayang..Ummi sayang semua..
No comments:
Post a Comment