Thursday, December 20, 2012

I LOVE YOU , STUPID!!...


Assalamualaikum wbrt...

Novel ini puas saya mencarinya dimana2..semua kedai2 buku besar dah kehabisan stok..saya mencari di toko Badan di angsana, tampoi..di Jaya jusco tebrau..hati rasa sayu...2/ 3 hari termenong..mana lagi nk cari ni...

Baru teringat mungkin dia ada di sana...kebetulan nak balik kampung, lepas ni wajib singgah ke situ..hati dh x sabar. Cik abang kata ..lepas jumpa mak abah lah baru singgah..x sabarnya menunggu masa itu.. Saya yakin mmg ada di sana cuma x tau stok ada lagi ke tidak...hot market betul novel ni..
Pukul 9 mlm , baru bertolak balik dari rumah mak..hati tertanya2..bukak lagi ke kedai tu...Buku 'Awak Suka Saya Tak..? saya belinya di situ juga...semasa menghantar angah di airport pd pertama kali dia nak berhijrah ke Sabah...kedainya..MPH di Airport Senai..
Lega sungguh bila nampak saja novel itu di letak di rak jualan paling laris. Cepat tangan saya mengambilnya..takut di ambil orang nnti walhal saya tengok , kedai ni santai saja pelanggannya , x seperti di toko2 buku yg besar..
Buku dan wang bertukar tangan di kaunter...sempat lagi menanya adik di kaunter..ada lagi ke buku ni...dia menjawab..tinggal lagi 5 di simpanan, lepas ni x tau bila stok sampai katanya...puhh...leganya..bila saya dah dapat buku ni...

Bila saya usai membaca ASST..hati dah tidak sabar utk memiliki novel ni..kerna jika novel ini berjaya mencuri hati saya..novel ke 2 nya pastinya lagi hebat..dari feedback pembaca..rata2 mengulas..berbaloi utk dimiliki kerna ia lebih menyentuh dari AWAK SUKA SAYA TAK (ASST)...pada saya memang pun...

Ini dia buku yg menjadi bestseller ....oleh penulis yg sama..Melur Jelita.


I LOVE YOU, STUPID!



Novel ini setebal 1389 muka surat...lebih tebal dari ASST..tapi dek kemaruk nak tau pengakhiran cerita ini..dlm masa seminggu ..dah selesai saya membacanya..itu..3 minggu lepas..hajat dihati nak terus mengulas disini tapi dek kekangan masa..saya tangguhkan hinggalah sekarang.
Saya terpaksa ..err bukan terpaksa mengulangi membaca novel ni..tapi memang suka membacanya. Di ulangi dan di ulangi lagi supaya  x terlepas detik2 indah dlm novel ini...
Novel ini memang menyentuh hati...benarlah kata penulis..bacalah dgn mata hati dan akal..kita akan dapat sesuatu disebalik penceritaannya..moga akan mendapat dan memberi cinta dan kasihsayang sesama islam...

Ada air mata yg tumpah bila membaca I LOVE YOU STUPID (ILUS) INI..sedih bila membaca dan memperhalusi watak2 manusia di,sini...sedih....@:( :(
Semua rasa ada di sini..suka, marah, geram , kagum, lucu, sedih, insaf, indah...berbagai rasa. Penulis pandai membuai rasa pembaca..tapi penuh berhemah disebalik  yg tersurat ada makna yg tersirat.
Novel ini novel cinta kemanusiaan , amat berguna kerna ia mentarbiah diri, menilai jati diri di mana kita berada...rasa sgt bersyukur berada di bumi bertuah Malaysia.

Novel ini mengajar diri mengenal tuntutan syariah..terutama menjaga aurat dan pergaulan..sejujurnya..tidak terucap dgn kata utk mengambarkan perasaan diri utk bercerita ttg novel ini..rasanya teman2 yg dh membaca novel ini yg tau perasaan hati.

Saya suka semua watak2 disini ..terutama Firman dan Iris.. Firman atau Inspektor Ebrahim adalah watak hero yg sukar di cari ..comel, pedass...juga beriman yg teguh. Walaupun sukar meneka hatinya..pada mulalah..dia seperti tiada perasaan pd Iris..tapi di akhir nya baru kita tahu gelodak rasa cinta yg tertanggung dlm dirinya..
....'pedihnya menahan rasa hati, menahan lidah dan perasaan...kadang-kadang terlucut juga! dan kepala bekerja keras nak cover semula...Sakitnya mencintai dan menanggung rindu kepada hak orang. Sentiasa dihambat rasa bersalah dan berdosa....hanya menahan pedih melihat dia ketawa dan bermesra dalam pelukannya....'
....'dengan nama Allah, saya  ingin menjadi sesuatu yg halal untuk awak sentuh. Demi Allah, saya ingin halal bermimpikan awak. Terlalu ingin...sehingga tak berdaya dari memikirkan awak setiap saat...'
Betapa Firman cuba utk mendidik Iris supaya menjadi wanita yg mulia sentiasa menjaga adabsopan muslimah, menjaga aurat..menjadi penjaganya yg setia, penuh dgn tanggungjawab hingga sampai ke tahap mengadai nyawa sendiri..

Ada persamaan watak Firman dan Hilman dlm ASST...

Itu cinta firman pada Iris..tapi cintanya pada keluarganya, terhadap bangsanya, melebihi segala2nya. Walaupun pada mulanya dia agak keberatan utk menyambung tanggungjawab pada keluarga setelah kehilangan ayah dan abang yang di sayanginya...dia berjaya melawan godaan diri untuk pentingkan diri sendiri. Seorang hero yg sangat macho,..betapa dia menunjukkan kasih sayang pada ibunya Mai tuan, adiknya Fatimah, menjaga mereka dan masyarakat bangsa melayu Cham itu dgn baik..

Iris...seorang yg bersahaja dlm hidup, hanya memikirkan diri sendiri pd awalnya, mungkin kerna dia anak jutawan, mampu memiliki apa saja...gedik tapi masih lg mampu mempertahankan maruah diri..

Pencarian di Kemboja dgn misi misteri, menemukan dia dgn semua persoalan hidupnya, merubah dirinya 100%, dgn bantuan Firman yg banyak membimbingnya. Yg paling ketara ialah insiden selepas bencana ribut taufan di kampung Firman...Iris bertukar menjadi seorang yg sangat sensitif akan keadaan sekeliling..setelah dia merasai kehilangan segala harta bendanya terutama pengenalan diri dan pasportnya..baru dia merasai peritgetir melayu cham yg kehilangan negara..baru dia dapat menyelami perasaan manusia2 yg tertindas,  miskin ..tapi dgn iman yg kukuh, mereka dapat menempuhi hidup mereka dgn redha dan penuh hemah. Biarpun tidak  berharta tapi sarat dgn kemuliaan jiwa.
Kekadang geram dgn sikap Iris ini yg bagaikan tidak memahami perasaan Firman. Tapi suka sangat2 bila dua hati ini akhirnya bersatu dengan ketentuan Allah.


Watak yang paling terkesan di hati adalah Ahmad, anak cilik yg imannya lebih besar dari usianya. Terkadang berasa betapa kecilnya saya bila memahami 'ahmad' ini..sungguh bertuah jika dapat memiliki anak soleh sepertinya...

Seperti dalam ASST..penulis 'bermain'dgn kuda2...tapi di dalam ILUS ini, pepatung dan rama2 berlegar2 di fikiran pembaca..terutama rama2 Iris, ..yg berbagai aksi di perutnya melalui rasa cintanya.



Di akhir kalam, memang tidak rugi utk memiliki novel ini,.karya yg berjaya menyuntik seribu rasa kasihsayang, mentarbiah diri dan menjadikan kita lebih rasa untuk memberi dari menerima kasihsayang itu...

P/s..###
 Baca novel, baca novel juga jika dah minat...namun Al Quran tetap di hati selalu..insyallah..mudah2an akan sentiasa lidah ini di basahi dgn ayat2nya, diamali dan menjadi keutamaan dlm ibadahku pada Mu, Ya Allah...amin.

P/s### - ulasan Novel AWAK SUKA SAYA TAK.. ada di entry terdahulu.
                (Klik ..mystory..)

P/s ##.. Jumpa di internet...
               Macam aksi2 Firman dan Iris semasa bulan penuh...



2 comments:

  1. Salam Azah jelita,
    satu review yang menyebabkan akak menitis air mata. Terharu kerana adik sangat memahami ILUS. Alhamdulillah999999999x, semuanya dari Allah

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Melur Jelita...saya bangga ada penulis seperti anda yg boleh berdakwah melalui tulisan yg berhemah..moga Allah memberikan anda idea2 yg lain yg boleh dikongsi bersama utk kebaikan sesama ummah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...