Wednesday, January 30, 2013

Tat gulung nenas

Assalammualaikum wbrt

Masih terkenang2 majlis resepsi anak saya..Nurul Asma' dn suaminya Nazlan. Majlis berlangsung meriah dan berakhir dgn selamatnya. Alhamdulillah..terima kasih pada semua yg terlibat langsung , maupun tidak langsung.

Saya sempat membuat tat gulung untuk 'goodies' saudaramara terdekat dan kenalan rapat.


Tat gulung dlm bekal oval dan dalam balang utk tetamu istimewa.



Pek yg boleh diisi lebihkurang 10 - 11 biji tat gulung nenas ini.


Resepi tat gulung

Kulit..

250 gm butter
380 gm tepung gandum serbaguna
50 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 sb gula aising

Gunakan mixer, pukul semua bahan ini dengan mood perlahan  hingga sebati. Pastikan semua sebati dan lembut.
Sedia untuk dipicit menggunakan acuan tat gulung.

Jem nenas

2 biji nenas
500 gm gula pasir
1 potong hirisan halia
1 batang kecil kulit kayumanis
1 kuntum bunga lawang

Parut @ blender nenas. Tapis nenas parut dan ambil separuh saja air tapisan nenas ini.
Semua bahan dimasukkan dlm kuali dan dimasak dgn api sederhana.
Kacau selalu supaya tidak hangus.
Masak hingga berkilat dan tidak terlalu pekat, sebab apabila sudah sejuk, jem ini akan pekat dgn sendirinya.

Boleh juga gunakan jem yg dah sedia dipasaran tapi untuk menghasilkan tat yg sedap, perlu memilih jem yg betul2 rasa 'asli'.

Cara..

Picit adunan kulit tat menggunakan acuan tat gulung. Biarkan panjangnya cukup2 untuk membalut jem yg diletakkan di tengahnya.
Jem boleh digentel lonjong atau masukkan dalam paiping beg, dan dipaiping atas kulit tat tadi.
Gulung dgn kemas tat ini. Jangan ada lebihan kulit selepas menggulungnya,
akhirnya..sapu atasnya dengan adunan telor yg sudah dipukul sebati.
Bakar 150'c hingga masak. Jangan terlebih garing kerana jem akan jadi keras .

Selamat mencuba.

Kami ..ketika majlis itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...