Friday, September 30, 2011

Terima kasih semua....

Assalammualaikum wbrt... Syawal telah menutup tirainya..mmg dh terlambat utk mengucapkan salam aidilfitri pd semua, tp..ungkapan yg masih terasa di hati ini ialah TERIMAKASIH SEMUA...

Saya sendiri x tau kenapa sy mengambil masa yg lama nk update blog ni.. rasanya masa berlalu terlalu pantas bg saya, banyak perkara yg  berlaku selepas musim biskutraya berlalu..Sy yg baru berpindah di Sh Alam ni. sibuk mengemas rumah pulak selepas tu..bayangkan masih banyak lg kotak2 yg belum di buka, rumah dh jd bengkel. raya  x sampai lg seminggu..Terimakasih pd anak2ku yg bertungkus lumus menolong mengemas rumah, juga pd suami yg sentiasa menyokong..Bayangkan kami masih lg berkemas hingga 2 pg , walhal esok dh raya.

bersama suami di pagi raya
anak-anak tersayang

mesti 'solid' ada dlm gambar keluarga ni..
'Alhamdulillah..raya disambut meriah bersama keluarga..first time beraya di Shah Alam..cadang nak balik lepas solat aidilfitri di masjid negeri, tp apakan daya masing2 dah keletihan..lepas zohor baru bertolak balik ke Johor.

Projek biskutraya saya alhamdulillah sucsess dgn izin Allah. Sy bershukur semua berjalan lancar, dgn bantuan anakku asma , bebananku terasa kurang. Proses ambil pekerja dan urusan seharian dipermudahkan Allah. Suamiku seperti biasa akan menolongku dlm urusan bahan2 mentah..terima kasih sekali lagi














Kali ini pekerja2ku adalah kebanyakannya student2 uitm yg sgt dekat dgn rumahku.  Kebetulan mereka2 yg lapang ni masih bercuti semester, ada juga yg dah grad tunggu konvo dan mencari kerja sambilan..Terima kasih pd kila, tiqa, akmal, hanim, aina, anis,farhana, atiqa zaaba, ayo, syukri, diyana,fatimah zahra, fatima isma, ika, izati, jihan, khairun, liza, nellie,nur nisa, syuhada, jija,zila dll ..Kecuali hanim dan zila. mereka adalah anak2 muda yg sudi menolong acik ni..terima kasih...sorry jika gambar yg lain2 xde kt sini, .ni antara gambar2 yg sempat di rakam.




Ini adalah antara hasil usaha mereka...terima kasih.

Terima kasih juga buat pengedar setia UMIAZAH BAKERY.,yg sudi berurusan dgn kak..pd kak timah, cikgu nik, kak dah, su, kak mah, ida, nah, yah, roha aniza, mat sedili, ana mansur dan kawan di tenggaroh, su, raudah, jiha, naha, siti, fariza, ina, aniza, dan kak long, sekadar menyebut beberapa nama...terima kasih banyak2...Insyallah, moga hubungan ini akan berkekalan sentiasa..

Akhirnya, maaf di pinta jika ada silap dan salah selama ini...Hati masih bergetar memikirkan bagaimana pula agaknya tahun depan, adakah masih ada di sini @ perlukah mencari tempat dan pekerja baru lagi..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...