Wednesday, January 30, 2013

Tat gulung nenas

Assalammualaikum wbrt

Masih terkenang2 majlis resepsi anak saya..Nurul Asma' dn suaminya Nazlan. Majlis berlangsung meriah dan berakhir dgn selamatnya. Alhamdulillah..terima kasih pada semua yg terlibat langsung , maupun tidak langsung.

Saya sempat membuat tat gulung untuk 'goodies' saudaramara terdekat dan kenalan rapat.


Tat gulung dlm bekal oval dan dalam balang utk tetamu istimewa.



Pek yg boleh diisi lebihkurang 10 - 11 biji tat gulung nenas ini.


Resepi tat gulung

Kulit..

250 gm butter
380 gm tepung gandum serbaguna
50 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
1 sb gula aising

Gunakan mixer, pukul semua bahan ini dengan mood perlahan  hingga sebati. Pastikan semua sebati dan lembut.
Sedia untuk dipicit menggunakan acuan tat gulung.

Jem nenas

2 biji nenas
500 gm gula pasir
1 potong hirisan halia
1 batang kecil kulit kayumanis
1 kuntum bunga lawang

Parut @ blender nenas. Tapis nenas parut dan ambil separuh saja air tapisan nenas ini.
Semua bahan dimasukkan dlm kuali dan dimasak dgn api sederhana.
Kacau selalu supaya tidak hangus.
Masak hingga berkilat dan tidak terlalu pekat, sebab apabila sudah sejuk, jem ini akan pekat dgn sendirinya.

Boleh juga gunakan jem yg dah sedia dipasaran tapi untuk menghasilkan tat yg sedap, perlu memilih jem yg betul2 rasa 'asli'.

Cara..

Picit adunan kulit tat menggunakan acuan tat gulung. Biarkan panjangnya cukup2 untuk membalut jem yg diletakkan di tengahnya.
Jem boleh digentel lonjong atau masukkan dalam paiping beg, dan dipaiping atas kulit tat tadi.
Gulung dgn kemas tat ini. Jangan ada lebihan kulit selepas menggulungnya,
akhirnya..sapu atasnya dengan adunan telor yg sudah dipukul sebati.
Bakar 150'c hingga masak. Jangan terlebih garing kerana jem akan jadi keras .

Selamat mencuba.

Kami ..ketika majlis itu.


Tuesday, January 22, 2013

Red Velvet

Assalam dan  salam sejahtera

Red velvet dlm bekas yg 'cute'..
utk buah tangan orang Kuala Lumpur. Dah macam Rv In a Jar ..pulak...Bekas ini memudahkan untuk membawa RV ni dlm cooler box kami, almaklum perjalanan yg jauh dari Johor ke Kuala Lumpur..






Kami akan berkampung di sana selama beberapa hari, hinggalah majlis angah selesai. Doakan semua berjalan lancar...sebenarnya ada oder RV ni dari anak jiran, terlanjur membuatnya, saya buatlah versi 'dlm container Yg cute'


Oder dari anak jiran., kek redvelvet ..




Rv in cupcake..





Resepi Red Velvet..(RV)

(Utk 1/2 kilo kek)

113 gm butter
200 gm gula castor
2 biji telor A
1 st vanilla
250 gm tepung gandum
5 gm serbuk koko - ayak bersama tpg gandum
250 gm Buttermilk ( 240 gm susu cair + 1 sb cuka) - biarkan 10 mnt
2 - 3 sb perwarna merah
1 sb apple cider/ cuka makan
1 st soda bikarbonat

Cara..

Pukul butter dn gula hingga kembang
Masukkan telor satu persatu hingga adunan sebati. Masukkan esen vanila
Masukkan tepung dan koko berselangseli dgn buttermilk. Kacau sebati.
Campurkan apple cider/ cuka makan dan soda.
Gunakan loyang 7 @ 8 inci. Lebih baik guna 2 loyang dan adunan di bagi 2.
Bakar 170 ' c selama sejam..@ ikut oven masing2 ye..sbb kepanasan oven berbeza setiap jenis .

Utk cream cheese topping

500 gm whipping cream ..saya guna jenama Rich
500 gm cream cheese
2 sudu besar butter
60 gm gula aising
1 st esen vanila

Pukul whipping cream. Ketepikan
Pukul cream cheese, butter dan gula aising hingga sebati.masukkan esen vanila.
Masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi..gaul perlahan dgn senduk kayu.

Sedia utk di gunakan..

Utk RV  versi container @ Jar..

Masukan kek RV yg dh dipotong dlm bekas, letak krim cheese, letak kek, letak krim lagi secara berlapis2..taburkan serbuk kek RV sebagai hiasan

Utk Kek RV

Potong kek menjadi 2 / 3 lapis
Setiap lapisan diletak krim cheese
Aising semua dgn krim cheese
Akhirnya hias dgn taburan RV di atasnya..

P/s..
 Krim cheese perlu sentiasa sejukkan dlm petisejuk utk memelihara teksturnya.



Wednesday, January 16, 2013

Strawberry cheese tart


Salam sejahtera semua...


Saya nak kongsi resepi strawberry cheese tart ni , yang agak mudah untuk membuatnya..

Bahan untak kulit :

170 gm margerin
50 gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara :

- lembutkan margerin dan gula dgn senduk kayu. Kacau rata hingga lembut
-masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati
-tambahkan tepung sedikit demi sedikit..Uli hingga semua sebati
- ambil sikit adunan dan tekan dalam acuan tat. Biar semua rata
-cucuk dasar acuan dgn garfu.

Bakar pada suhu 170'C ...sentiasa perhatikan bakaran anda

Cheese Krim :

250 gm cream cheese spt Tatura @ philadelphia
50 gm gula castor
1 biji telor gred B
25 gm butter

Cara :  - pukul cream cheese dan butter hingga lembut
             - masukkan gula castor..tambahkan telor ..pukul hingga berkrim
               Ketepikan 3 sudu besar  untuk lorekkan

            - sediakan Filling strawberry secukupnya..masukkan ke dalam paiping beg  untuk memudahkan memasukkan filing kedalam acuan tat nanti.

Cara :

Picitkan sikit filing strawberry dlm kulit tat.
Masukkan adunan cheesekrim - ini juga masukkan dlm paiping beg ye
Picit krim hingga penuh ke dalam kulit tat

Untuk hiasan -
paiping dan lorekkan bulat -warna merah dan satu garisan panjang.warna hijau  lorek dgn pencungkil gigi



Sebelum dibakar

Bakar 160'C..10 mnt...sentuh permukaan tat..kalau tidak melekat, bermakna dah masak...

Selamat mencuba..


Monday, January 7, 2013

yang baru dari ku....

Assalammualaikum wbrt..

Salam sayang buat semua..

Moga mendapat keberkatan buat semua yang masih dapat menikmati hidup ini.



Hanya untuk pengongsian bersama..saya dah ada  blog ke 2...umiazah.blogspot.com    (Rasa..dalam diri)..sekadar blog utk mencatat apa2 yg terlintas dlm fikiran  @ apa jua yang boleh di kongsi bersama..sekadar catatan peribadi.

Tidak mahu mencampuradukan blog kek ini...lahirlah -( rasa..dalam diri) -

Kalau sudi jengah2 lah ye.. :)  :)

Friday, January 4, 2013

Durian Crepe lagi...

Assalam

Projek petang semalam..buat anakku ieema dan suaminya.

Resepi boleh cari di entry terdahulu ..klik  - resepi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...