Sunday, July 6, 2014

Biskutraya 2014 di Kota Tinggi

Assalammualaikum wbrt.,

Tempahan biskutraya kini dibuka..













Saturday, April 26, 2014

Kek Tunang - ber KitKat

Assalam.,

Allah Yang Maha Besar, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.,
Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, jua ke atas ahli keluarganya dan sahabat2nya.

Segala pujian hanyalah bagi Allah swt.,
Lama sungguh x update blog ni..

Kali ni nak berkongsi cerita ttg kek tunang yg di buat 28 hb Mac yang lalu..
Kek ni adalah kek coklatmoist dgn ganache dan dihias dgn buah strawberry dan dikelilingi KitKat..
Majlis pertunangan adik ipar anakku asma' ., yang juga anak besanku..

Selamat bertunang Najwa..







Tuesday, April 1, 2014

Marble Cheese Brownnies

Assalammualaikum wbrt.,

Kali ni saya nak berkongsi resepi Marble Cheese Brownies., yang dah lama terperap dalam simpanan saya..
Atas permintaan anak saya Imah, yang nak resepi..disini saya sertakan resepinya.,







Bahan2.,

Loyang 10 x 10 in

1.5 cwn butter - dicairkan dan sejukkan
1 cawan serbuk koko
3 biji telor
1.5 cwn gula castor
0.5 cwn susu cair
1.5 cwn tepung gandum biasa
1 sudu teh baking powder
0.5 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara.,

Panaskan oven pada suhu 150'c.

1. Butter cair digaul bersama dgn serbuk koko dalam satu mangkok.
2. Di mangkuk mixer, pukul gula castor dan telor hingga putih.,
3. Masukkan adunan koko /buttercair tadi.
4. Masukkan susu cair.
5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
6. Masukkan tepung ini didalam adunan tadi,- tinggalkan sikit utk lorekkan atasnya nanti.. lebihan ini dimasukkan dlm paiping bag.
7. Loyang 10 x 10 tadi dilenser dgn butter dan alas dgn kertas minyak. Kertas minyak ini disusun lebih tinggi dari loyang supaya mudah utk mengeluarkan kek ini nanti.
8. Masukkan adunan ini dalam loyang. Adunan ini agak cair.
9. Bakar 20 minit.

Lapisan cheese.

250 gm cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telor

Cara.,

Pukul cheese hingga gebu.
Tambahkan gula castor, pukul lagi.
Masukkan telor..pukul rata.

Tuang adunan cheese ini diatas adunan brownies yang sudah masak tadi.
Perhatikan brownies ini,. Dia agak lembab sikit..biarkan.. tuang saja adunan cheese tadi.
Ratakan cheese diatas brownies ni.
Lebihan adunan kek yang dah dimasukkan di dalam paiping bag tadi, di LOREKKAN diatas cheese tadi..caranya..buat jaluran diatas cheese..agak2 jaraknya. Dgn menggunakan lidi satey, lorek melintang berselangseli ..hingga terjadilah lorekan spt ini..


Bakar semula kek dan cheese ini selama 15 minit, suhu 100'c. Masak bila adunan cheese diatasnya dah tidak melekat dijari jika kita menyentuhnya.
Sejukkan.

Utk memotongnya, perlukan pisau plastik kek utk dapat potongan yg bersih.
Boleh disusun dalam papercup kertas utk menghidang.

Selamat mencuba..






Friday, February 28, 2014

Spongebob dari Ibu Twins

Assalammualaikum wbrt
Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menjalani hidup ini.,
Selawat dan salam keatas Rasulullah saw , ahli kaluarga dan sahabat2nya.,

Tempahan dari Ibu Twins aka aisyah buat kali ke 3.
Kali ini kek spongebob utk anak kecil tersayang.
Kek vanila layer dgn fruit coktail didalamnya.
Terimakasih aisyah..





Kek 1.5 kg..

Friday, February 14, 2014

Seribu cerita..

Assalammualaikum wbrt,

Tempahan cupcake untuk majlis pertunangan, .ini dari pelanggan di Kota Tinggi.
Cupcake perisa blueberry dgn buah strawberry.
Terimakasih Jannah..

Ketika membuatnya.beribu cerita berlegar diminda..hinggalah ke masa penghantarannnya..
Biarlah saya dan yang mengerti ..yang tahu..



Monday, February 3, 2014

Kek Coklat Cheese Indulgence

Assalam.,
Lama betul x update blog..

Kali ni nk kongsi resepi kek coklat cheese indulgence..mmg kek favorite saya..hehe

Utk membuat kek ini, perlukan kesabaran kerana banyak step yg harus diikuti.

Step 1.
Buat dulu white coklat filling dan dark coklat filling kerna perlu disimpan dulu spy keras.
Step 2.
Baru bakar kek.
Step 3.
Semua white dan dark harus disimpan dlm peti sepanjang proses ini.
Step 4.
Bagi sama rata white coklat pd 2 bhg.
Step 5.
Bagi dgn kadar 1:2 pada dark coklat filling.
(1 - utk lapis , 2 utk melepa keseluruhan kek)


Utk Kek..- loyang 10 x 10

500 gm tepung optima coklat
10 bj telor
125 gm air
125 gm butter cair/minyak sayur
1 sudu besar ovalette

-pukul semua kecuali butter/minyak hingga pekat.
Masukkan minyak dan gaul perlahan hingga rata.
Alas loyang dgn kertas minyak dan sapu butter disekelilingnya.
Bakar dgn suhu 140'c - 40 mnt.
Sejukkan setelah masak.
Potong kek utk menjadi 4 lapis.

White Choklat Filling
75 gm cream cheese - sy guna tatura cream cheese
75 gm gula caster
1 biji telor
50 gm coklat putih dicairkan
150 gm whipping cream - sy guna jenama 'Rich'

Pukul cream cheese bersama gula
Masokkan telor
Masukkan coklat masakan cair
Dlm mangkok yg lain, pukul whipping cream hingga kental  kemudian masokkan ke dlm adunan cheese yg dh dipukul td.
Simpan dlm petisejok hingga agak keras.

Dark choklat Filling

75 gm butter
75 gm gula castor
1 biji telor
30 gm serbok coklat
50 gm coklat masakan hitam , di cairkn
150 gm whipping krim - dipukul kental

Masokkan butter dan gula castor
Masokkan telor dan serbok koko
Masukkan coklat cair dan whipping krim tadi
Gaul sebati dan simpan dlm peti sejok hingga keras.

Ganache

250 gm whipping krim
500 gm coklat masakan
1 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sikit air.

Masak hingga pekat.

Cara melapis.

Kek dipotong jadi 4 lapis.
Sapu lapisan pertama kek dgn air sikit.- gunakan berus
Ratakan dgn white coklat filling.
Letak kek ke 2.
Sapu rata dgn air atas kek ini juga.
Sapu rata dgn dark coklat filling.
Letak lapis kek yg akhir
Sapu rata sikit air di atas lapis kek ke 3
Letak sekali lagi white coklat filling atasnya
Letakkan lapisan akhir kek.
Pastikan kek kita balance - sama rata kiri kanannya.
Rehatkan dlm petisejuk 1 jam

Sapu keliling kek dgn dark coklat filling

Rehatkan sekali lagi 1 jam.

Akhirnya curah ganache keseluruh kek..
Bersihkan lebihan ganache.


Simpan dlm petisejuk hingga semua keras..
Sedia utk dimakan.

P/s*
Tip utk dptkan potongan yg cantik dn kek x melekat di kek..
...panaskan pisau di atas api..sekejap saja
@ rendamkan pisau dlm air panas..
Lap pisau dan terus potong dgn perlahan.

Utk simpan lebihan kek, supaya x kering kek itu,
- letak potongan plastik diantara potongan kek , pastikan kek ditutp dgn plastik..

Selamat mencuba..

Abah sempat merasa kek ini..juga keluarga yg lain..
:)

Love U abah., moga sihat bahgia meniti hari2 yg mendatang..

Friday, December 20, 2013

Kek Jelly Fruit Flan

Assalammualaikum wbrt.,
Segala puji2an hanyalah bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang menganugerahkan pada kita nikmat yang tidak terhitung.,
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasullullah saw - Allahummasollia'ala Saidina Muhammad -ke atas ahli keluarganya dan sahabat2nya.

Kali ni nak berkongsi resepi kek jelly fruit flan ni yang memang antara kek kegemaran saya dan 'adik' saya Fiza..






Proses yang diperlukan..

Sediakan kek awal2.
Buah2an - strawberry, anggur, kiwi, peach tin, nenas tin,
                 - potong kecil..

Bahan2..

Kek - loyang 10 in
(A)
 Tepung naik sendiri - 95 gm
Tepung span mix
(Tepung optima) - 95 gm
Minyak Jagung - 80 gm
Air - 80 gm
Kuning telor - 4 biji
Butter vanila 1/2 sudu teh
(B)
Putih telor - 4 biji
Cream of tartar - 1/2 sudu teh
Gula halus - 65 gm

Cara...
Pukul A hingga sebati
Pukul B hingga kembang
Campurkan ke dua2 adunan ini dgn mengaulnya perlahan2. Gaul hingga sebati.
Lenserkan loyang dgn butter dan alas loyang dgn kertas minyak..
Tabur tepung dgn nipis disemua permukaan loyang supaya kek  x melekat.
Masukkan adunan dlm loyang .
Bakar 150'c selama 1 jam.
Sejukkan dan potong 3 lapis.

Kastard.

Susu segar - 640 gm
Instant Jelly 15 gm
Gula 85 gm
Tepung kastad 50 gm

Cara.,
Panaskan susu segar , instant jelly dan gula dgn api perlahan hingga semua sebati dan mendidih.
Tepung kastard digaul sikit dgn susu segar dn jadikan pes.
Masukkan tepung kastard ini didalam adunan susu tadi dan dgn api perlahan kacau adunan ni hingga mendidih dan masak iaitu hingga nampak berkilat adunan ini dan pekat..masak hingga betul2 masak supaya kastard ini akan dapat bertahan lama.

Sediakan kek yang dah dipotong 3 lapis tadi.

Sediakan loyang saiz 10.5 in iatu lebih besar sikit dari saiz kek.

Letak satu lapis kek didalam loyang.
Tuang sikit adunan kastard atas kek hingga rata.
Letak satu lapisan kek lagi diatasnya.
Tuang lagi adunan kastard diatasnya.
Akhirnya letak lagi satu lapisan akhir.
Tuang adunan kastard yang akhir dan tuang hingga semua kek tertutup. Disini kemahiran membagi adunan kastard supaya sama bagi adalah penting dan dgn pantas melapis kerana kastard ni mudah cepat pekat.
Biarkan beku.

Sediakan..
Buah2an -  susun cantik atas kastard .
..sejukkan sebentar didalam peti sejuk.


Sediakan jelly pula..

Bahan Jelly.

Instant Jelly -  35 gm
Air - 500gm
Gula - 80 gm

Cara.,
Masak bahan jelly hingga mendidih..biarkan suam sikit.

Tuang perlahan2 adunan jelly ni atas buah2an susun tadi..Hati2 semasa proses ini supaya buah2 itu tidak berselerak.
Tuang hingga habis.
 Sejukkan dlm petisejuk hingga beku.

Cara keluarkan kek.,
-rendam seketika loyang kek jelly ni dalam air panas.sekejap saja ye..
Lalukan pisau yg dah dipanaskan sekejap disekeliling kek supaya mudah dikeluarkan kek nanti.
Dgn hati2 , letak piring diatas kek dan dgn cepat terbalikkan kek ini.
Skrg..jelly dibawah..
Terbalikan sekali lagi supaya jelly berada diatas..
Siap..
Boleh hias tepi kek dgn aising atau letak riben..ikut suka dekorasi anda.

Selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...