Friday, October 28, 2011

Ketika di Halfest lepas..


bertemu dgn Irma Hasmie...comelnya dia dan bangga dgn perubahan dirinya.

bersama dgn Chef Zam...sukanya.
ketika buat pendaftaran



anak2 sempat juga bergambar dgn irma

 di booth Boboiboy



 sukanya mereka dpt bergambar dgn ipin..


Wednesday, October 19, 2011

Hari paling bahagia..

Assalammualaikum wbrt....
Semalam adalah sambutan hari lahir saya yg ke ...ehem-ehem..46 tahun..dah semakin tua sekarang..memikirkan umur yg meningkat sememangnya satu ketakutan bagi saya kerana sebenarnya umur ini makin berkurang, hayat kita semakin sikit sebenarnya..Alhamdulillah saya masih lagi bernafas dan Allah masih lagi lagi memberi saya kesihatan yg baik hingga kini. tapi sambutan hari lahir saya telah di buat 3 hari lebih awal..!
Suami dan anak2 telah memberi kejutan pd saya ketika mana ingatkan nak makan2 lepas ke Halfest..mmg dah program nak makan arabic food kat zam2  restoran tp tiba2 bertukar lokasi kt masalam..oklah pd mulanya..sbb asma' kata nak belanja sbb dpt gaji pertama..Tiba2 dia kata nak ke atm nak keluarkan duit..nak keluar jp...tup2 bawak balik...
kek icecream buskin robbin!!!



Dengan penuh terharu saya merasakan alangkah indah hari ini, memotong kek sambil ditemani suami dan anak2. Lucunya kek ni susah nak potong sbb icecreamnya keras sangat.
Diaorang cakap inilah masa yg paling sesuai sbb semua family berkumpul. yalah..kebetulan mmg hari cuti balik kg utk izzat, sofi - cuti semester, along dan angah ada balik..Oh..baru saya faham kenapa dibuat awal sambutan kali ni.
Hati berbunga bahagia dan bangga sambil kami menikmati makanan arab di restoran tu.
Saya tidak mengharapkan apa2 ketika ni, cukuplah adanya sebuah keluarga yg dianugerahkan Allah pd saya tapi rupa2nya ada lagi kejutan...





Suami menghadiahkan set periuk setibanya kami di rumah. Entah bila diaorang ni membeli saya pun x tau.Selidik punya selidik rupa2nya hari sebelumnya bila tiba2 angah kata nak repair kereta, rupanya berpakat dgn abahnya pergi shoping..saya senyum bahagia.terima kasih suami dan anak2ku..

Semoga rasa bahagia ini kekal selamanya..amin. Sebagai ummi, apa yg paling membahagiakan saya ialah bila melihat anak2 berjaya dlm pendidikan dan mudah2an akan berjaya dlm hidup dgn REDHA dr ALLAH,



bila asma' dgn resminya dah konvo di um..congrat anakku..


bila along konvo 2 tahun lepas..saat bahagia bg saya.

Walau apapun, syukur pd ilahi kerana masih memanjangkan umur ini utk melihat anak2 membesar dan menikmati hidup bersama suami dan anak2 tersayang..Ummi sayang semua..



Thursday, October 13, 2011

Kisah sepanjang minggu

Assalammualaikum wbrt...
Kembali menulis sesuatu di sini. Minggu lepas merupakan minggu yg mencabar buat saya, tapi hati merasa lega dan bahagia kerana semuanya selesai dan berjalan lancar dgn izin ALLAH..syukur.





Pertamanya, ..saya mendapat oder pertama dari Kila. Almaklum sejak duduk di sini dan selepas musim biskut raya..hidup saya kembali normal..menjalani rutin sebagai surirumah. Kila menempah popcake hantaran buat kawannya Aina dgn tema purple. tq ..




Ke dua.. oder dari anakku sofea nun di darul quraan..Memandangkan cuti semesternya nak bermula , kawan2nya menempah 25 bj piza ayam -hawaiian  style dgn nenas . !!!ye..25 bj.. mulanya beberapa piza saje, tp terus bertambah dr hari ke hari hingga ke hari nk hantar. Nasib baik kakaknya asma' kebetulan balik utk konvo, apalagi dialah yg bisa membantu di saat begini..

Kawan2nya juga menempah beberapa balang biskut - biskut snow almond, suji dan capucino heaven.
Juga., sebiji kek coklatmoist dgn butterkrim perisa coklat.



Akhirnya, tempahan dr kila dan familynya,..100 bj apam dot-dot. Agak lama jgk x buat apam ni, maaflah jika ada sebarang kekurangan ye..anyway trimakasih bebanyak. jgn serik utk menempah lagi ye.


Disebalik kesibukkan asma' menolong saya, sempat juga dia membuat blueberi cupcake buat cenderahati temannya yg melangsungkan perkahwinan ahad lalu..itu saya banggakan kerna dia ada bakat dlm bakery ni.

hasil tangan asma'

Berakhirnya majlis konvo asma' di um, saya bersyukur ke hadrat Ilahi melihat anak2 berjaya dlm pendidikan . Moga mereka juga berjaya mengharungi hidup yg mencabar ini dan berjaya sebagai hamba Allah yg solehah..amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...