Tuesday, December 13, 2011

Kenangan itu..

Kek 3 tingkat yg di ajar oleh Chef Azie di Jb  - 3 tiers buttercream advance.,bersama Yati dan rakan2 yg lain.



bersama chef azie...Insyallah saya sudah boleh membuat kek ini jika ada tempahan...






Ini pula adalah kek pengantin yg terakhir saya buat di rompin sebelum berpindah ke Shah Alam ni. Kek 2 tingkat steam buttercream dgn tema merah hitam.




Kenangan di selendang, rompin w/pun sekejap masih terbekas di ingatan..saya yg terbiasa dgn masyarakat felda dan aktiviti2nya..akan merasa kehilangan semua itu. di sini suasana itu langsung x ada.

saya masih terkenang suasana hijau yg mengelilingi rumah dan kediaman di sekitarnya, suasana yg damai dan tenang juga segar utk menghirup udara pagi. di belakang rumah saya ini adalah hutan simpan endau-rompin! Mungkin ramai yg x percaya, tp itulah hakikatnya...


masih terkenang bunga2 orkid yg meriah berkembang hasil tangan saya, juga pokok2 bunga kertas dan lain..huhu..saya dah tinggalkan semuanya bila ke sini..perumahan baru kami x cukup space utk saya menanam pokok2 lg..nampaknya hobi2 ini terpaksa dilupakan seketika sehinggalah ada masa dan tempat yg sesuai utk itu.


terkenang lagi 3 rumpun serai yg di tanam di belakang rumah di tenggaroh timur, mersing mengeluarkan bunga.....sesuatu yg jarang2 dapat diperolehi oleh orang lain.

Walaubagaimanapun, semua yg dilalui dlm hidup ini akan menjadi kenangan bagi kita, kenangan yg harus dijadikan pengajaran utk hari2 yg mendatang. Saya percaya hijrah2 yg berlaku dlm hidup saya memberi hikmah yg banyak pd diri ini..Syukur pd Ilahi yg memberi saya kesempatan utk merantau ke banyak tempat, dapat mengenali budaya dan adat masyarakat itu, semoga saya diberi kekuatan dlm segala2nya jika selepas ini akan ada hijrah lg..

Di sini, perjalanan masih jauh, apa yg saya dah lama impikan ada di depan mata..x tau macam mana nak melafazkan syukur pd Allah kerana menganugerahkan semua ini..saya jadi malu pd diri sendiri dan takut dgn nikmat ini..ya Allah terlalu banyak nikmatmu..tp berapa banyakkah ibadah yg telah saya buat, berapa banyakkah kesyukuran yg telah saya panjatkan..

Semoga saya menjadi hamba yg bersyukur dan dapat mendapat redha drMu ya Allah,semoga dapat mempertingkatkan ibadah tanpa keluhan, dapat melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganMu..aminnn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...