Friday, December 20, 2013

Kek Jelly Fruit Flan

Assalammualaikum wbrt.,
Segala puji2an hanyalah bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang menganugerahkan pada kita nikmat yang tidak terhitung.,
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasullullah saw - Allahummasollia'ala Saidina Muhammad -ke atas ahli keluarganya dan sahabat2nya.

Kali ni nak berkongsi resepi kek jelly fruit flan ni yang memang antara kek kegemaran saya dan 'adik' saya Fiza..






Proses yang diperlukan..

Sediakan kek awal2.
Buah2an - strawberry, anggur, kiwi, peach tin, nenas tin,
                 - potong kecil..

Bahan2..

Kek - loyang 10 in
(A)
 Tepung naik sendiri - 95 gm
Tepung span mix
(Tepung optima) - 95 gm
Minyak Jagung - 80 gm
Air - 80 gm
Kuning telor - 4 biji
Butter vanila 1/2 sudu teh
(B)
Putih telor - 4 biji
Cream of tartar - 1/2 sudu teh
Gula halus - 65 gm

Cara...
Pukul A hingga sebati
Pukul B hingga kembang
Campurkan ke dua2 adunan ini dgn mengaulnya perlahan2. Gaul hingga sebati.
Lenserkan loyang dgn butter dan alas loyang dgn kertas minyak..
Tabur tepung dgn nipis disemua permukaan loyang supaya kek  x melekat.
Masukkan adunan dlm loyang .
Bakar 150'c selama 1 jam.
Sejukkan dan potong 3 lapis.

Kastard.

Susu segar - 640 gm
Instant Jelly 15 gm
Gula 85 gm
Tepung kastad 50 gm

Cara.,
Panaskan susu segar , instant jelly dan gula dgn api perlahan hingga semua sebati dan mendidih.
Tepung kastard digaul sikit dgn susu segar dn jadikan pes.
Masukkan tepung kastard ini didalam adunan susu tadi dan dgn api perlahan kacau adunan ni hingga mendidih dan masak iaitu hingga nampak berkilat adunan ini dan pekat..masak hingga betul2 masak supaya kastard ini akan dapat bertahan lama.

Sediakan kek yang dah dipotong 3 lapis tadi.

Sediakan loyang saiz 10.5 in iatu lebih besar sikit dari saiz kek.

Letak satu lapis kek didalam loyang.
Tuang sikit adunan kastard atas kek hingga rata.
Letak satu lapisan kek lagi diatasnya.
Tuang lagi adunan kastard diatasnya.
Akhirnya letak lagi satu lapisan akhir.
Tuang adunan kastard yang akhir dan tuang hingga semua kek tertutup. Disini kemahiran membagi adunan kastard supaya sama bagi adalah penting dan dgn pantas melapis kerana kastard ni mudah cepat pekat.
Biarkan beku.

Sediakan..
Buah2an -  susun cantik atas kastard .
..sejukkan sebentar didalam peti sejuk.


Sediakan jelly pula..

Bahan Jelly.

Instant Jelly -  35 gm
Air - 500gm
Gula - 80 gm

Cara.,
Masak bahan jelly hingga mendidih..biarkan suam sikit.

Tuang perlahan2 adunan jelly ni atas buah2an susun tadi..Hati2 semasa proses ini supaya buah2 itu tidak berselerak.
Tuang hingga habis.
 Sejukkan dlm petisejuk hingga beku.

Cara keluarkan kek.,
-rendam seketika loyang kek jelly ni dalam air panas.sekejap saja ye..
Lalukan pisau yg dah dipanaskan sekejap disekeliling kek supaya mudah dikeluarkan kek nanti.
Dgn hati2 , letak piring diatas kek dan dgn cepat terbalikkan kek ini.
Skrg..jelly dibawah..
Terbalikan sekali lagi supaya jelly berada diatas..
Siap..
Boleh hias tepi kek dgn aising atau letak riben..ikut suka dekorasi anda.

Selamat mencuba..


5 comments:

  1. Bila kakak baca bahan yg digunakan memang sedap.
    Cantik dahlah memang cantik - boleh buat untuk barang hantaran ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie
      Mmg kek ni selalu buat hantaran..tq dgn komen

      Delete
  2. Salam kak.. bila la ijan nak ada masa blaja masak wat kek semua ni ek.. cemburu tgk .. Hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja ijan..luangkanlah masa nanti..
      Klu dh ready bgtau akak ye..
      :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...