Thursday, October 31, 2013

Kek Sarang Lebah

Assalammualaikum wbrt.,
Salam sejahtera buat yang membaca post ini..
Selawat dan salam keatas Rasullullah saw, ahli kuarganya dan sahabat2nya.,
Alhamdulillah, masih bisa menulis dan berkongsi resepi di sini..

Kali ni nak berkongsi resepi Kek Sarang Lebah., mmm..kek ni dah ramai yang dah buat kan..kek ni dikategorikan kek warisan..tapi resepi ini belum ada di blog saya yang kecil ni..mudah2an dpt dimanafaatkan hingga ke anak cucu..


Dua gambar yg berbeza..satu kena flash, satu lg tidak..hehe

Jom tengok resepinya..

Sediakan loyang 5 x 5 in., sapu loyang dgn butter! Tabur tepung dan alas dgn kertas minyak.

125 gm butter
5 biji telor
1/4 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum*
2 sudu teh soda bikarbonat*   -* ayak bersama
1 cwn air
1 1/4 cwn gula 
1 sudu teh esen vanila

Cara.,
Cairkan butter dan sejukkan.
Goreng (letak gula dlm periuk) dan biarkan hangus dgn sendiri, pastikan gula hancur dan perang..
Masukkan 1 cwn air* hati2 ketika masukkan..masukkan perlahan2...
Kacau sebati hingga cair. Matikan api dan sejukkan gula hangus ini.

Dlm mangkuk lain., kacau rata telor hingga cair., jangan pukul ye.
Masukkan susu pekat, kacau rata.
Masukkan buttercair tadi, kacau perlahan.
Masukkan tepung gandum yg dh diayak tadi bersama soda.
Masukkan gula hangus tadi.

Kacau sebati dan TAPIS adunan ini.
Tuang dalam loyang.

PERAP adunan ini . SEBAIK2NYA 3 jam utk dapat lubang2 yg cantik dan banyak.
Bakar 150'c - 45 minit.



Selamat mencuba...

Monday, October 21, 2013

Dari Ibu Twins..

Assalammualaikum wbrt.,
Alhamdulillah., masih disini., moga Allah sentiasa merahmati kita sekelian.
Kali ini saya nak post tempahan dari Ibu Twins yg oder kek double love hanya melalui Facebook..







Kek bday ibu tersayang dan anak buahnya disekalikan dalam satu set kek..'double love kek'..Ibu Twins menempah kek vanila dan kek coklat.
Kek ini saya layerkan dgn fruit coktail dan disalut dgn whippingcream.


Kek sekilo setiap biji..dgn tema merah..
Alhamdulillah, aisyah - nama sebenar Ibu Twins., puashati dgn kek ini..
Terima kasih aisyah..

Wednesday, October 16, 2013

Nasi Maklubah

Assalammualaikum wbrt.,
Moga segala urusan kita mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.,
Salam aidil adha.,

Kali ini saya nak kongsikan resepi Nasi Maklubah yang menjadi menu utama sajian di hari raya kali ini. Resepi dari Cher Amar -masak dari hati, masak dari iman -



Mulakan dgn Bismillahhirrahmannirahim.,

Bahan2.,( utk 6 -8 orang makan)

Daging -perap-

 1 kg daging Kambing direbus empuk dan toskan.,( air rebusan akan digunakan kemudian)
2 labu bawang besar di potong dadu
1 sudu besar garam
5 biji lada hitam *
5 biji buah pelaga *
1 batang kayu manis *    *ditumbuk hancur

## semua bahan2 ini diperap sejam

2. NASI -perap

3 cawan Beras Basmati - basuh dan tos.
2 sudu besar Rose Water (air mawar)
2 sudu besar minyak zaitun /minyak jagung
1 sudu besar garam
5 biji buah pelaga
1/2 sudu teh saffron - boleh dibeli di kedai jualan kurma/kedai arab
* - klu tiada boleh diganti dgn 1/2 sudu teh serbuk kunyit.

## semua bahan ini diperap.

SAYURAN..

3 sudu besar minyak zaitun / minyak jagung
2 labu bawang besar di potong dadu
6 biji bawang putih di ketuk hancur
2 sudu besar Serbuk kunyit
5 biji lada hitam ditumbuk halus/ 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 biji kentang belah 4 dan dipotong nipis
2 batang Carrot/lobak merah dipotong nipis
1 cawan daun ketumbar dicicang halus.

## tumis dgn minyak zaitun, masukkan bawang2, kunyit, lada hitam.
     Masukkan sayur2 dan biarkan layu sikit.
     Akhirnya masukkan daun ketumbar.
     Kacau rata dan matikan api.

Air Rebusan Kambing + air = jadikan 3 1/2 cawan


CARA MASAK - ATURAN DALAM PERIUK

Sediakan periuk saiz 12 inci diameter/ gunakan rice cooker utk lebih mudah

 KAMBING yg dah diperap disusun dalam dasar periuk.
SAYURAN yg dah dimasak tadi disusun diatas kambing., ratakan
Akhirnya.,
Masukkan BERAS BASMATI yg dah diperap tadi., diatas sayuran tadi.
Ratakan dalam periuk, tekan2 perlahan dan dihentak sikit supaya rata semua bahan dalam periuk ini.
Masukkan 3 1/2 cawan (air rebusan kambing dan air).

Bacalah selawat ke atas nabi utk mula masak nasi ini..

Masakkan nasi ini diatas api dgn api yg kecil dan tutup periuk. Kacau sesekali beras yg diatasnya setelah wap keluar.
*Kalau guna rice cooker - kacau beras saja di bahagian atas sesekali setelah wap keluar.
 JGN KACAU HINGGA KE DASAR !!!

* Masak hingga nasi masak laa ye..




SOS SALATAH

1 Genggam cili api - kurangkan jika tidak mahu pedas sgt
1 pokok daun ketumbar - dgn akar sekali
3 biji tomato
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan cuka
* 1 kiub ayam - klu nak boleh masukkan

CARA.,
Blender semua bahan.
Siap..



CARA HIDANG.,

Sediakan dulang yg lebih besar dari periuk.
Nasi yang dah masak.,  diterbalikkan ketika menghidangnya.,
Nasi ini dimakan dan dihidang dalam dulang.
Nasi Maklubah bermaksud Nasi Terbalik
Ketika terbalik ini akan nampak kambing dan sayur diatas nasi.
Hidang bersama Sos Salatah.

## Nasi ini sebaiknya dimasak utk sekali makan/hidang saja kerana sayuran akan rosak sikit jika dipanaskan semula.

##Jika tidak makan kambing, boleh diganti dgn daging lembu / ayam., cuma ianya tidaklah menjadi 100% nasi maklubah arab..hehe

Selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...