Thursday, April 25, 2013

Kek Keju Oreo Coklatchip buat Sofi!!

Assalammualaikum wbrt
Salam sejahtera..

Happy belated Birthday buat anakku Sofi.(Noor Shofiyyah Aiza) yang ke 21..Hari lahirnya jatuh pada 12.04.13 yang lalu, tapi baru kali ni berpeluang membuat kek dan menyambut bday nya..tapi hadiah dah bagi awal2 lagi..hehe

Kek Keju Oreo Choclatechip ni adalah request darinya..
Selamat Hari Lahir sayang, moga dirimu sentiasa dalam lindungan dan pemeliharaan Allah dalam rahim, rahmat dan redhaNya..aminnn





Resepi - Kek Keju Oreo Choclatechip (sejuk -chilled)

Base - lapisan asas

200 gm biskut oreo yang dah dihancurkan - buang krimnya.
85  gm  butter cair
* kek saya di atas ni saya guna double sukatan..

- kedua2 bahan ini di gaul sebati.
Dalam acuan kek keju - lenserkan butter di dasar dan keliling acuan. Untuk memudahkan mengeluarkan kek nanti, saya alas dasarnya dgn aluminium foil.



Adunan oreo dan butter tadi , ditekan perlahan2 di acuan supaya menjadi dasar kek.
Sejukkan dalam petisejuk selama 1/2 jam.

Sambil itu ..Sediakan Krim Keju ..

250 gm x 2 buku keju krim philadelphia / tatura
Atau
250   gm krim keju & 250 gm whipping krim
400   gm susu pekat
  4     biji telor
2       sudu teh perahan limau
2 3/4  sudu besar gelatin halal*
1/2     cawan air panas *  -* dilarutkan bersama
1 1/2  cawan coklatchip

Resepi kali ni saya guna krim keju dan whipping krim

- cara
Pukul whipping krim hingga pekat. Ketepikan dan sejukkan dulu dlm petisejuk.
Pukul krim keju hingga sebati dan kembang.
Masukkan susu pekat.
Masukkan telor sebiji2..hingga rata.
Masukkan whipping krim.
Masukkan jus limau..kacau perlahan dan rata.
Gelatin dan air panas disatukan dan kacau rata, bila pekat, tambahkan sikit air panas.
Masukkan dlm adunan, kacau rata2.
Masukkan 1 cawan coklatchip.






Gelatin dan air panas



Tuang dalam acuan dengan layer biskut oreo tadi.
Lebihan coklatchip ditabur di atas kek.

Sejukkan SEKURANG-KURANGNYA 4 JAM dalam peti sejuk.

Cara keluarkan kek keju dari acuan..

-ambil tuala dan siram sikit dgn air panas.
Sapu sekeliling acuan dgn tuala panas tadi supaya kek lekang dari acuan.
Buat berulangkali menyapu sekeliling hingga yakin kek dah lekang.
Kelilingkan pisau ditepi kek dan keluarkan kek dari acuan.




 Selamat mencuba..

Tuesday, April 23, 2013

Kek Marble

Assalam..
Moga sentiasa dlm keredhaan Allah hidup kita, walau apa jua yang kita lakukan.

Kali ini saya nak kongsikan resepi Kek Marble yang biasa kita makan dan buat..merupakan kegemaran sekeluarga terutama cik abang saya.



Ini adalah resepi dari keluarga. Terima kasih Cik Nab yang berkongsi resepi ini.


Kek Marble.
(Untuk sebiji kek )

Bahan..   
375 gm butter/margerin
350 gm gula castor
5     biji telor
400 gm tepung gandum biasa
1     sudu teh esen ros
1     sudu teh baking powder
1/2 cawan susu pekat
Pewarna hijau*
Pewarna pink*  (*warna ikut suka).

Loyang 10 inci

Cara..
Panaskan oven 130'c.
Loyang disapu butter/margerin dan ditabur tepung rata dgn nipis supaya mudah nak keluarkan kek dari loyang bila kek dah masak.
Alas dengan kertas minyak dasar loyang saja.

Pukul butter dan gula hingga kembang , (semua gula dah hancur dan adunan lebih gebu, putih dan ringan dari sebelumnya).
Masukkan telor satu persatu, putar perlahan..biarkan adunan rata.
Ayak tepung bersama baking powder.
Masukkan susu pekat dlm adunan butter ini. Pukul perlahan.
Masukkan tepung dan baking powder ke dalam adunan butter tadi, masukkan sikit2 dan setiapkali nak masukkan tepung, pastikan adunan sebelumnya tidak berketul2. Pukul perlahan2 hingga rata dan habis tepung tadi.
Masukkan esen ros. Gaul rata adunan.

Adunan di bahagi 2. 
Satu warnakan hijau, dan satu lagi warna pink.

Sendukkan setiap warna kedalam loyang berselangseli setiap satu hingga habis. Sukatan setiap warna hendaklah sama setiap kali nak memasukkan ke dalam loyang, seperti kalau 2 senduk hijau, warna pink juga 2 senduk. Ini untuk menjadikan 'marble' kek kita cantik.





Bakar dgn suhu 130'c selama 1 jam 30 minit.

Sejukkan kek sebelum dipotong.




Resepi 2 ( dlm cawan)

Loyang 10 inci

1 1/2 cawan butter/margerine
1 1/4 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung gandum
   6       biji telor
    1    sudu teh esen vanila
    7    sudu besar @ 1/2 cawan susu pekat manis
    1    sudu teh esen ros
    2    perwarna ikut suka.

Cara2 adalah seperti cara di atas.

Selamat mencuba.

Friday, April 19, 2013

Tempahan dari Kak Julie

Assalammualaikum wbrt,

Alhamdulillah, tempahan kali ini dari Kak Julie, buat hantaran pertunangan anaknya. Kak Julie menempah sebiji kek fondant dan satu set coklat hantaran. Tema kali ini ialah purple..





Kek coklatmoist dgn deko fondant




Coklat hantaran bertema purple.

Terima kasih Kak Julie, moga puashati dgn tempahan ini, kerana kesilapan saya, untuk membuat tempahan ini last minit, kerana terlupa tarikh nak ambil tempahan ni.

Tuesday, April 9, 2013

Yang tidak dijangka

Assalam

Setelah hampir 10 bulan disini, langsung tidak menaruh harapan untuk kekal membaking, tapi Allah yang mengatur hidup kita, Maha Mengetahui segala2nya.
Melihat ada 2 kedai kek bumiputera lebih2 lagi saudara islam sendiri dah mengusahakan kedai kek disini, saya mengucapkan syukur tidak terhingga. Saya nak berehat dan nak mencari diri sendiri..
Tapi rindu utk mendeco dan membakar something memang membara..tanpa diduga, datang tempahan dari teman lama disini, dulu menempah kek tunang tapi kali ini kek bday.. terimakasih idah..Terimakasih Allah..alhamdulillah



Kek coklatmoist dgn blueberry filling seberat 2 kg.

Yang tidak dijangka datang lagi, kali ini tempahan popcake dari Mas, utuk hantaran pertunangan anaknya. Bertema warna coklat dan gold, popcake ini utk bakal dihantar ke Perak, utk pihak perempuan.



Terima kasih Mas, harap berpuashati..

Thursday, April 4, 2013

Pavlova

Assalammualikum wbrt

Bercerita ttg pavlova ni, dah lama nak masukkan kt blog ni..tapi baru lah skrg ada kesempatan yg diizinkan Allah swt.

12.02.2013 yg lepas, sempat meraikan hari lahir suami tersayang, dgn menukar menu biasa iatu dari kek hari lahir seperti kebiasaannya kepada PAVLOVA..


Alhamdulillah, kami semua suka dgn pavlova ni..kebetulan pada hari itu, izzat pun ada utk meraikannnya..






Esoknya , kami makan2 di luar. Pizza menjadi pilihan kami..




Selamat Hari Lahir suamiku, moga Allah sentiasa menyayangimu dlm setiap nafas dlm mengharungi kehidupan, dengan redha , rahmat dan rahimNya sentiasa bersamamu..AMIN..

Selang beberapa hari kemudian, masih rasa x puas makan pavlova ni..saya buat lagi..kali ni versi comel2..
Alhamdulillah, masih dapat menghulur pada jiran2 utk dinikmati bersama.




Berikut resepi Pavlova..
...sumber dari beberapa blog..

Bahan..

    4  biji putih telor
3/4  cawan gula castor
   1  sudu besar tepung jagung
1/2  sudu teh cuka makan
1/2  sudu teh esen vanila

Cara..


Panaskan oven 140'C atau ikut kebiasaan oven anda.
Turunkan selepas pavlova siap di adun kepada 110'C.
Putar puteh telor hingga kembang dan gebu dengan high speed.


Hingga menjadi 'soft peak ' -"tanduk" spt ini..


@ hingga adunan tidak jatuh jika mangkuk adunan diterbalikkan.
Masukkan gula castor sikit2 sambil putar sederhana.
Masukkan tepung jagung..putar lagi.
Sekarang gunakan senduk kayu ye..utk step berikutnya..


Masukkan cuka dan esen vanila dlm mangkuk adunan tadi..gaul rata dan kacau rata dengan perlahan2 dan hati2 supaya gelembung2 udara dlm putih telor ini tak pecah dan hilang.

Siapkan dulang /loyang pembakar.
Alas dengan baking paper / kertas minyak.

Untuk memudahkan meletakkan adunan ini ke loyang, gunakan beg paiping dgn nozel berbunga / kosong,
Adunan ini boleh menghasilkan 2 Pavlova yg besar..atau utk buat mini pavlova, akan dapat lebihkurang 40 mini pavlova.



Masak selama 1 jam 15 minit.
# semasa bakar.. jangan sesekali membuka oven..
Masak bila adunan garing diluar dan bila ditekan, lembut didalamnya.

Selepas masa membakar tamat, biarkan pavlova di dalam oven. Biarkan pintu oven dibuka.
Biarkan 10 minit.
..PAVOLVA dah siap..

Untuk topping..

 1 cawan whipping cream , dipukul hingga gebu. ( saya gunakan jenama RICH)



..paipingkan whipping cream atas pavlova.

Letakkan buah2an yg disukai tetapi carilah buah2an yg masam untuk mengimbangi rasa manis pavlova ini.
Kebiasaannya buah2an yg dipilih ialah Strawberry, Kiwi, Peach, Anggur atau sebarang buah berry yg masammanis.





Pavlova saya disini..x berkesempatan unutk mencari buah strawbery, kerana agak sukar nak dapat dikawasan Felda saya ini,

Selamat mencuba..
Mudah2an mendapat sesuatu disini..
Terimakasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...