Tuesday, December 13, 2011

Kenangan itu..

Kek 3 tingkat yg di ajar oleh Chef Azie di Jb  - 3 tiers buttercream advance.,bersama Yati dan rakan2 yg lain.



bersama chef azie...Insyallah saya sudah boleh membuat kek ini jika ada tempahan...






Ini pula adalah kek pengantin yg terakhir saya buat di rompin sebelum berpindah ke Shah Alam ni. Kek 2 tingkat steam buttercream dgn tema merah hitam.




Kenangan di selendang, rompin w/pun sekejap masih terbekas di ingatan..saya yg terbiasa dgn masyarakat felda dan aktiviti2nya..akan merasa kehilangan semua itu. di sini suasana itu langsung x ada.

saya masih terkenang suasana hijau yg mengelilingi rumah dan kediaman di sekitarnya, suasana yg damai dan tenang juga segar utk menghirup udara pagi. di belakang rumah saya ini adalah hutan simpan endau-rompin! Mungkin ramai yg x percaya, tp itulah hakikatnya...


masih terkenang bunga2 orkid yg meriah berkembang hasil tangan saya, juga pokok2 bunga kertas dan lain..huhu..saya dah tinggalkan semuanya bila ke sini..perumahan baru kami x cukup space utk saya menanam pokok2 lg..nampaknya hobi2 ini terpaksa dilupakan seketika sehinggalah ada masa dan tempat yg sesuai utk itu.


terkenang lagi 3 rumpun serai yg di tanam di belakang rumah di tenggaroh timur, mersing mengeluarkan bunga.....sesuatu yg jarang2 dapat diperolehi oleh orang lain.

Walaubagaimanapun, semua yg dilalui dlm hidup ini akan menjadi kenangan bagi kita, kenangan yg harus dijadikan pengajaran utk hari2 yg mendatang. Saya percaya hijrah2 yg berlaku dlm hidup saya memberi hikmah yg banyak pd diri ini..Syukur pd Ilahi yg memberi saya kesempatan utk merantau ke banyak tempat, dapat mengenali budaya dan adat masyarakat itu, semoga saya diberi kekuatan dlm segala2nya jika selepas ini akan ada hijrah lg..

Di sini, perjalanan masih jauh, apa yg saya dah lama impikan ada di depan mata..x tau macam mana nak melafazkan syukur pd Allah kerana menganugerahkan semua ini..saya jadi malu pd diri sendiri dan takut dgn nikmat ini..ya Allah terlalu banyak nikmatmu..tp berapa banyakkah ibadah yg telah saya buat, berapa banyakkah kesyukuran yg telah saya panjatkan..

Semoga saya menjadi hamba yg bersyukur dan dapat mendapat redha drMu ya Allah,semoga dapat mempertingkatkan ibadah tanpa keluhan, dapat melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganMu..aminnn..

Monday, November 21, 2011

Apam mekar vs apam dot2

Salam..


Oder dr anakku sofia lg..buat teman2nya di darul quraan sempena hari ushawan di sana. Tempahan 200 bj apam dot2, 24 keping pizza haawaian chicken dan pizza tuna ocean utk makan2. Juga 10 bj kek coklat moist.

Apam mekar ni dibuat utk makan2 setelah selesai menyiapkan tempahan.



apam dot2



kek coklatmoist




pizza hawaian chicken



piza tuna ocean


Friday, November 18, 2011

Cupcake Red Velvet

Buahtangan bt mak abah dan keluarga di Kulai sempena Hariraya Aidiladha yg lepas.



Sempat juga membuat cake carrot buat keluarga



Bertemu dgn anak2 buah yg ramai, saya tersenyum sendirian dgn telatah mereka..menyusun selipar2 yg comel ni di beranda rumah...almaklum sekarang ni kan tengah 'angrybird mania'..selipar diaorang pn meriah dgn angrybird, ni belum lg dgn lain2 barangan mereka..


Kek carrot dan popcake dr Qila dan keluarga..

Assalammualaikum wbrt..
Kek carrot ini adalah tempahan dr ummi aqila buat buahtangan utk dibawa pulang sempena hariraya haji yg lepas. Terlanjur dia menempah, saya buat juga utk keluarga di kulai utk makan2

.




Popcake ni pula oder dr qila bt teman2 ofisnya..harap puashati dgn tempahan ni..terimakasih sudi menempah dgn acik ye



popcake yg di pek dlm pek 10 item tiap satu. Qila tempah 3 pek. Kali ini saya buat popcake tema kuning hijau.

Thursday, November 10, 2011

Oder dr Ina

Oder dr jiranku Ina, sempena annivesarynya dan juga cupcake buat anak buahnya di mrsm kuala kelawang. Terima kasih ina, harap puashati dgn tempahan ini.

kek capucino


dgn layer coklat ganace dan badam bakar


cupcake campuran coklatmoist dan strawberi


Thursday, November 3, 2011

Hasil tangan anakku ieema

assalammulaikum wbrt..kali ini saya nak memperlihatkan hasil tangan anak saya ieema yg jarang jugak 'baking'. Cupcake yg dibuat ini adalah utk makan2 sempena birthday rakan2 sekerjanya .




 cupcake coklatmoist dan red velvet




cupcake red velvet

amacam..ok juga kan, w/pun dah bekerja sebagai audiologist di sebuah klinik swasta di pj, dia berkebolehan di dapur. harap2 lepas ni banyak lg hasil2 tangannya.

Friday, October 28, 2011

Ketika di Halfest lepas..


bertemu dgn Irma Hasmie...comelnya dia dan bangga dgn perubahan dirinya.

bersama dgn Chef Zam...sukanya.
ketika buat pendaftaran



anak2 sempat juga bergambar dgn irma

 di booth Boboiboy



 sukanya mereka dpt bergambar dgn ipin..


Wednesday, October 19, 2011

Hari paling bahagia..

Assalammualaikum wbrt....
Semalam adalah sambutan hari lahir saya yg ke ...ehem-ehem..46 tahun..dah semakin tua sekarang..memikirkan umur yg meningkat sememangnya satu ketakutan bagi saya kerana sebenarnya umur ini makin berkurang, hayat kita semakin sikit sebenarnya..Alhamdulillah saya masih lagi bernafas dan Allah masih lagi lagi memberi saya kesihatan yg baik hingga kini. tapi sambutan hari lahir saya telah di buat 3 hari lebih awal..!
Suami dan anak2 telah memberi kejutan pd saya ketika mana ingatkan nak makan2 lepas ke Halfest..mmg dah program nak makan arabic food kat zam2  restoran tp tiba2 bertukar lokasi kt masalam..oklah pd mulanya..sbb asma' kata nak belanja sbb dpt gaji pertama..Tiba2 dia kata nak ke atm nak keluarkan duit..nak keluar jp...tup2 bawak balik...
kek icecream buskin robbin!!!



Dengan penuh terharu saya merasakan alangkah indah hari ini, memotong kek sambil ditemani suami dan anak2. Lucunya kek ni susah nak potong sbb icecreamnya keras sangat.
Diaorang cakap inilah masa yg paling sesuai sbb semua family berkumpul. yalah..kebetulan mmg hari cuti balik kg utk izzat, sofi - cuti semester, along dan angah ada balik..Oh..baru saya faham kenapa dibuat awal sambutan kali ni.
Hati berbunga bahagia dan bangga sambil kami menikmati makanan arab di restoran tu.
Saya tidak mengharapkan apa2 ketika ni, cukuplah adanya sebuah keluarga yg dianugerahkan Allah pd saya tapi rupa2nya ada lagi kejutan...





Suami menghadiahkan set periuk setibanya kami di rumah. Entah bila diaorang ni membeli saya pun x tau.Selidik punya selidik rupa2nya hari sebelumnya bila tiba2 angah kata nak repair kereta, rupanya berpakat dgn abahnya pergi shoping..saya senyum bahagia.terima kasih suami dan anak2ku..

Semoga rasa bahagia ini kekal selamanya..amin. Sebagai ummi, apa yg paling membahagiakan saya ialah bila melihat anak2 berjaya dlm pendidikan dan mudah2an akan berjaya dlm hidup dgn REDHA dr ALLAH,



bila asma' dgn resminya dah konvo di um..congrat anakku..


bila along konvo 2 tahun lepas..saat bahagia bg saya.

Walau apapun, syukur pd ilahi kerana masih memanjangkan umur ini utk melihat anak2 membesar dan menikmati hidup bersama suami dan anak2 tersayang..Ummi sayang semua..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...