Friday, December 20, 2013

Kek Jelly Fruit Flan

Assalammualaikum wbrt.,
Segala puji2an hanyalah bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang menganugerahkan pada kita nikmat yang tidak terhitung.,
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasullullah saw - Allahummasollia'ala Saidina Muhammad -ke atas ahli keluarganya dan sahabat2nya.

Kali ni nak berkongsi resepi kek jelly fruit flan ni yang memang antara kek kegemaran saya dan 'adik' saya Fiza..






Proses yang diperlukan..

Sediakan kek awal2.
Buah2an - strawberry, anggur, kiwi, peach tin, nenas tin,
                 - potong kecil..

Bahan2..

Kek - loyang 10 in
(A)
 Tepung naik sendiri - 95 gm
Tepung span mix
(Tepung optima) - 95 gm
Minyak Jagung - 80 gm
Air - 80 gm
Kuning telor - 4 biji
Butter vanila 1/2 sudu teh
(B)
Putih telor - 4 biji
Cream of tartar - 1/2 sudu teh
Gula halus - 65 gm

Cara...
Pukul A hingga sebati
Pukul B hingga kembang
Campurkan ke dua2 adunan ini dgn mengaulnya perlahan2. Gaul hingga sebati.
Lenserkan loyang dgn butter dan alas loyang dgn kertas minyak..
Tabur tepung dgn nipis disemua permukaan loyang supaya kek  x melekat.
Masukkan adunan dlm loyang .
Bakar 150'c selama 1 jam.
Sejukkan dan potong 3 lapis.

Kastard.

Susu segar - 640 gm
Instant Jelly 15 gm
Gula 85 gm
Tepung kastad 50 gm

Cara.,
Panaskan susu segar , instant jelly dan gula dgn api perlahan hingga semua sebati dan mendidih.
Tepung kastard digaul sikit dgn susu segar dn jadikan pes.
Masukkan tepung kastard ini didalam adunan susu tadi dan dgn api perlahan kacau adunan ni hingga mendidih dan masak iaitu hingga nampak berkilat adunan ini dan pekat..masak hingga betul2 masak supaya kastard ini akan dapat bertahan lama.

Sediakan kek yang dah dipotong 3 lapis tadi.

Sediakan loyang saiz 10.5 in iatu lebih besar sikit dari saiz kek.

Letak satu lapis kek didalam loyang.
Tuang sikit adunan kastard atas kek hingga rata.
Letak satu lapisan kek lagi diatasnya.
Tuang lagi adunan kastard diatasnya.
Akhirnya letak lagi satu lapisan akhir.
Tuang adunan kastard yang akhir dan tuang hingga semua kek tertutup. Disini kemahiran membagi adunan kastard supaya sama bagi adalah penting dan dgn pantas melapis kerana kastard ni mudah cepat pekat.
Biarkan beku.

Sediakan..
Buah2an -  susun cantik atas kastard .
..sejukkan sebentar didalam peti sejuk.


Sediakan jelly pula..

Bahan Jelly.

Instant Jelly -  35 gm
Air - 500gm
Gula - 80 gm

Cara.,
Masak bahan jelly hingga mendidih..biarkan suam sikit.

Tuang perlahan2 adunan jelly ni atas buah2an susun tadi..Hati2 semasa proses ini supaya buah2 itu tidak berselerak.
Tuang hingga habis.
 Sejukkan dlm petisejuk hingga beku.

Cara keluarkan kek.,
-rendam seketika loyang kek jelly ni dalam air panas.sekejap saja ye..
Lalukan pisau yg dah dipanaskan sekejap disekeliling kek supaya mudah dikeluarkan kek nanti.
Dgn hati2 , letak piring diatas kek dan dgn cepat terbalikkan kek ini.
Skrg..jelly dibawah..
Terbalikan sekali lagi supaya jelly berada diatas..
Siap..
Boleh hias tepi kek dgn aising atau letak riben..ikut suka dekorasi anda.

Selamat mencuba..


Saturday, November 23, 2013

CARROT CAKE dgn buah2an

Assalammualaikum.,

Kek ni dah lama di buat, terlupa nak upload. Awalnya menunggu gambar yg lebih cantik dan nak terlihat hasilnya setelah diletak tiang. Kek ni 3 tingkat., dibuat semasa angah bernikah..
Last2 sekian lama di handphone.,sampai dah bersarang dah..belek punya belek..baru ternampak gambar2 ni..sayang pula klu tidak diabadikan dlm blog ni, sebab ni kek anakku masa nikah..huhu.
Walaupun tidak nampak tersusun 3 tingkatnya, kita bayangkan saja la ye..
Semasa majlis dulu, sebagai tuan rumah, saya sendiri tidak sempat nk amik gambar anak potong kek ni., berharap sang fotografer ada amik..tup2 x de..kecewa gak..
So..kita tengok sajalah kek2 ni ye..

Kek carrot dgn buah2an..






Thursday, October 31, 2013

Kek Sarang Lebah

Assalammualaikum wbrt.,
Salam sejahtera buat yang membaca post ini..
Selawat dan salam keatas Rasullullah saw, ahli kuarganya dan sahabat2nya.,
Alhamdulillah, masih bisa menulis dan berkongsi resepi di sini..

Kali ni nak berkongsi resepi Kek Sarang Lebah., mmm..kek ni dah ramai yang dah buat kan..kek ni dikategorikan kek warisan..tapi resepi ini belum ada di blog saya yang kecil ni..mudah2an dpt dimanafaatkan hingga ke anak cucu..


Dua gambar yg berbeza..satu kena flash, satu lg tidak..hehe

Jom tengok resepinya..

Sediakan loyang 5 x 5 in., sapu loyang dgn butter! Tabur tepung dan alas dgn kertas minyak.

125 gm butter
5 biji telor
1/4 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum*
2 sudu teh soda bikarbonat*   -* ayak bersama
1 cwn air
1 1/4 cwn gula 
1 sudu teh esen vanila

Cara.,
Cairkan butter dan sejukkan.
Goreng (letak gula dlm periuk) dan biarkan hangus dgn sendiri, pastikan gula hancur dan perang..
Masukkan 1 cwn air* hati2 ketika masukkan..masukkan perlahan2...
Kacau sebati hingga cair. Matikan api dan sejukkan gula hangus ini.

Dlm mangkuk lain., kacau rata telor hingga cair., jangan pukul ye.
Masukkan susu pekat, kacau rata.
Masukkan buttercair tadi, kacau perlahan.
Masukkan tepung gandum yg dh diayak tadi bersama soda.
Masukkan gula hangus tadi.

Kacau sebati dan TAPIS adunan ini.
Tuang dalam loyang.

PERAP adunan ini . SEBAIK2NYA 3 jam utk dapat lubang2 yg cantik dan banyak.
Bakar 150'c - 45 minit.



Selamat mencuba...

Monday, October 21, 2013

Dari Ibu Twins..

Assalammualaikum wbrt.,
Alhamdulillah., masih disini., moga Allah sentiasa merahmati kita sekelian.
Kali ini saya nak post tempahan dari Ibu Twins yg oder kek double love hanya melalui Facebook..







Kek bday ibu tersayang dan anak buahnya disekalikan dalam satu set kek..'double love kek'..Ibu Twins menempah kek vanila dan kek coklat.
Kek ini saya layerkan dgn fruit coktail dan disalut dgn whippingcream.


Kek sekilo setiap biji..dgn tema merah..
Alhamdulillah, aisyah - nama sebenar Ibu Twins., puashati dgn kek ini..
Terima kasih aisyah..

Wednesday, October 16, 2013

Nasi Maklubah

Assalammualaikum wbrt.,
Moga segala urusan kita mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.,
Salam aidil adha.,

Kali ini saya nak kongsikan resepi Nasi Maklubah yang menjadi menu utama sajian di hari raya kali ini. Resepi dari Cher Amar -masak dari hati, masak dari iman -



Mulakan dgn Bismillahhirrahmannirahim.,

Bahan2.,( utk 6 -8 orang makan)

Daging -perap-

 1 kg daging Kambing direbus empuk dan toskan.,( air rebusan akan digunakan kemudian)
2 labu bawang besar di potong dadu
1 sudu besar garam
5 biji lada hitam *
5 biji buah pelaga *
1 batang kayu manis *    *ditumbuk hancur

## semua bahan2 ini diperap sejam

2. NASI -perap

3 cawan Beras Basmati - basuh dan tos.
2 sudu besar Rose Water (air mawar)
2 sudu besar minyak zaitun /minyak jagung
1 sudu besar garam
5 biji buah pelaga
1/2 sudu teh saffron - boleh dibeli di kedai jualan kurma/kedai arab
* - klu tiada boleh diganti dgn 1/2 sudu teh serbuk kunyit.

## semua bahan ini diperap.

SAYURAN..

3 sudu besar minyak zaitun / minyak jagung
2 labu bawang besar di potong dadu
6 biji bawang putih di ketuk hancur
2 sudu besar Serbuk kunyit
5 biji lada hitam ditumbuk halus/ 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 biji kentang belah 4 dan dipotong nipis
2 batang Carrot/lobak merah dipotong nipis
1 cawan daun ketumbar dicicang halus.

## tumis dgn minyak zaitun, masukkan bawang2, kunyit, lada hitam.
     Masukkan sayur2 dan biarkan layu sikit.
     Akhirnya masukkan daun ketumbar.
     Kacau rata dan matikan api.

Air Rebusan Kambing + air = jadikan 3 1/2 cawan


CARA MASAK - ATURAN DALAM PERIUK

Sediakan periuk saiz 12 inci diameter/ gunakan rice cooker utk lebih mudah

 KAMBING yg dah diperap disusun dalam dasar periuk.
SAYURAN yg dah dimasak tadi disusun diatas kambing., ratakan
Akhirnya.,
Masukkan BERAS BASMATI yg dah diperap tadi., diatas sayuran tadi.
Ratakan dalam periuk, tekan2 perlahan dan dihentak sikit supaya rata semua bahan dalam periuk ini.
Masukkan 3 1/2 cawan (air rebusan kambing dan air).

Bacalah selawat ke atas nabi utk mula masak nasi ini..

Masakkan nasi ini diatas api dgn api yg kecil dan tutup periuk. Kacau sesekali beras yg diatasnya setelah wap keluar.
*Kalau guna rice cooker - kacau beras saja di bahagian atas sesekali setelah wap keluar.
 JGN KACAU HINGGA KE DASAR !!!

* Masak hingga nasi masak laa ye..




SOS SALATAH

1 Genggam cili api - kurangkan jika tidak mahu pedas sgt
1 pokok daun ketumbar - dgn akar sekali
3 biji tomato
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan cuka
* 1 kiub ayam - klu nak boleh masukkan

CARA.,
Blender semua bahan.
Siap..



CARA HIDANG.,

Sediakan dulang yg lebih besar dari periuk.
Nasi yang dah masak.,  diterbalikkan ketika menghidangnya.,
Nasi ini dimakan dan dihidang dalam dulang.
Nasi Maklubah bermaksud Nasi Terbalik
Ketika terbalik ini akan nampak kambing dan sayur diatas nasi.
Hidang bersama Sos Salatah.

## Nasi ini sebaiknya dimasak utk sekali makan/hidang saja kerana sayuran akan rosak sikit jika dipanaskan semula.

##Jika tidak makan kambing, boleh diganti dgn daging lembu / ayam., cuma ianya tidaklah menjadi 100% nasi maklubah arab..hehe

Selamat mencuba..


Friday, September 27, 2013

Dari Kak Julie lagi..

Assalammualaikum wbrt.,

Alhamdulillah., Allahlah yang memberi rezeki dan kelapangan hambaNya.
Kak Julie mengamanahkan saya untuk membuat kek pertunangan untuk anaknya.
Bertemakan merah hitam., kak julie menempah juga coklat hantaran , bertema yang sama.
Terimakasih Kak Julie..




Kek Steam buttercream Vanila dengan blueberry filling
Berat 2 kg



Coklat hantaran.

Terimakasih Allah kerana memberi rezeki dan kegembiraan bagi yang menempah kek dan coklat ini.
Alhamdulillah.

Monday, September 23, 2013

Maruku cheese..hee..

Assalam
Moga sentiasa dlm redha Allah.,



Saya memang surrender bab2 menggoring ni..lagi2 buat maruku..kalau buat kek ke..biskut ke..cepat je..

Kali ni., saya yang teruja..nak buat..tengok kat facebook ke, blog ke..macam senang je..buat maruku ni..
So..
Saya pun joint kelas Maruku Meletop Chef Zubaidah ...ada 4 jenis maruku plus 1 bonus resepi..
Sebenarnya ..nak tambah ilmu..
Lepas masuk kelas tu..barulah tau..senang je buat dia..yg penting resepi kena betul..ye x?..dan lagi kena bertahanlama kt kuali..


Chef Zubaidah sedang beraksi


Pengalaman menggoring maruku..haha..panasnya dok lama depan kuali..macammanela pengusaha maruku2 ni boleh bertahan..

Inilah ..percubaan pertama ..maruku cheese saya., jangan gelak ye kalau yg pakar2 tengok ni..memang x cun langsung bentuknya..
Tapi rasanya..MashaAllah..tersangat sedap..



Sempat juga buat buah tangan untuk anak2 lagi bila saya ke KL.
Jangan x caya..kalau tahun depan , maruku ni jadi jualan disamping biskut2 raya saya nanti.. :) :) :)

Jom buat...

Resepi Maruku Cheese..

1 Paket Tepung Pulut
100 gm cream cheese/cheedar
100 gm gula aising
3 biji telor
2 sudu besar "Secukup Rasa" - brand Tumix
180 gm air

Acuan maruku spt ini.,



Cara.,

Gaul semua dgn tangan..uli.(jika banyak-guna mixer ye)
Tambahkan 180 gm air
Gaul rata.
Masukkan dlm acuan maruku dan goreng dgn api sederhana.
Gunakan kuali yg tahan panas yg sekata spt ini..




Toskan.

Selamat mencuba..

Friday, September 13, 2013

Cute dan comel x?..

Assalammualaikum wbrt :

Kali ni nak berkongsi Kek Panda yg cute ni...ehh cute x?..Cute kan..hehe..prasaan sendiri plk..

Ok..tempahan dari adik Meria buat hubbynya..Dia baru kawin, so ni suprise buat hubbynya..
Terimakasih Meria..
Kek coklatmoist dgn bluberry filling didalamnya..





★p/s:

   -  Tq anakku sofi sebagai adviser..hehe

Tuesday, September 3, 2013

kek dan cupcake tunang

Assalam.,

Lama juga x update blog ni..
Kek tunang dan cupcake ini , tempahan Hajar.

Bertema biru putih, kek fondant seberat 1.5 kg








Cupcake biru putih juga pilihan Hajar..Terima kasih Hajar..

Sunday, August 18, 2013

Puding Roti berkuah kastard

Salam Aidilfitri semua.,

Menu Puding Roti berkuah kastard ni adalah pilihan keluarga..terutama utk berbuka puasa ataupun untuk di jamu buat tetamu yg berkunjung ke rumah di hariraya ini.

Resepi yg ringkas dan mudah unyuk di buat juga ambil masa yg singkat utk di siapkan, jadi kalau tiba2 tetamu nak datang, dlm masa 30 mnt, menu ini siap di hidang ..



Jom tengok resepi..

PUDING ROTI BERKUAH KASTARD.

Bahan,.

Roti gardenia secukupnya @ sebarang roti yg lembut ye..
3 biji telor*
3 sudu besar gula pasir*
1 tin susu cair * - terpulang nk banyak mane, ..
1 sudu teh garam*
1 sudu teh esen vanila*

** semua bahan dipukul hingga sebati,.

Kismis secukupnya
Butter secukupnya

Cara.,

Resepi kali ini saya gunakan pyrex lonjong spt gambar, menggunakan 8-10 keping roti.

Lenserkan butter di loyang @ pyrex anda
Susun roti dlm pyrex selapis dan taburkan kismis.
Letak beberapa sudu butter atas roti2 ini.
Susun lagi roti, tabur kismis dan letak butter.
Ulangi proses hingga 3 @ 4 kali.
Akhirnya , siram adunan telor dan susu cair tadi atas roti2 ini.
Ratakan dan pastikan semua roti terendam.
Tekan2 sikit.

Bakar 180'c - 30 mnt. Hingga roti atasnya perang.
Keluarkan dr oven dan sejukkan.

Kuah kastard.,

1 tin susu cair
1 1/2 susu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Semua bahan ini di masukkan dlm periuk dan di kacau sebati.
Masak dgn api perlahan, kacau sentiasa hingga mendidih.
Matikan api dan sejukkan dlm petisejuk.
Siap utk digunakan.

Kuah dihidangkan sejuk bersama puding roti.

Selamat mencuba..

Saturday, June 15, 2013

Purple 3 tingkat

Assalam.,

Kek Pengantin 3 tingkat tempahan dari Akim dr Kluang. Kek vanila layer blueberry bertema purple.









Selamat Pengantin Baru Akim.,
terima kasih kerana memberi kepercayaan pd saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...