Thursday, October 13, 2011

Kisah sepanjang minggu

Assalammualaikum wbrt...
Kembali menulis sesuatu di sini. Minggu lepas merupakan minggu yg mencabar buat saya, tapi hati merasa lega dan bahagia kerana semuanya selesai dan berjalan lancar dgn izin ALLAH..syukur.





Pertamanya, ..saya mendapat oder pertama dari Kila. Almaklum sejak duduk di sini dan selepas musim biskut raya..hidup saya kembali normal..menjalani rutin sebagai surirumah. Kila menempah popcake hantaran buat kawannya Aina dgn tema purple. tq ..




Ke dua.. oder dari anakku sofea nun di darul quraan..Memandangkan cuti semesternya nak bermula , kawan2nya menempah 25 bj piza ayam -hawaiian  style dgn nenas . !!!ye..25 bj.. mulanya beberapa piza saje, tp terus bertambah dr hari ke hari hingga ke hari nk hantar. Nasib baik kakaknya asma' kebetulan balik utk konvo, apalagi dialah yg bisa membantu di saat begini..

Kawan2nya juga menempah beberapa balang biskut - biskut snow almond, suji dan capucino heaven.
Juga., sebiji kek coklatmoist dgn butterkrim perisa coklat.



Akhirnya, tempahan dr kila dan familynya,..100 bj apam dot-dot. Agak lama jgk x buat apam ni, maaflah jika ada sebarang kekurangan ye..anyway trimakasih bebanyak. jgn serik utk menempah lagi ye.


Disebalik kesibukkan asma' menolong saya, sempat juga dia membuat blueberi cupcake buat cenderahati temannya yg melangsungkan perkahwinan ahad lalu..itu saya banggakan kerna dia ada bakat dlm bakery ni.

hasil tangan asma'

Berakhirnya majlis konvo asma' di um, saya bersyukur ke hadrat Ilahi melihat anak2 berjaya dlm pendidikan . Moga mereka juga berjaya mengharungi hidup yg mencabar ini dan berjaya sebagai hamba Allah yg solehah..amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...