Tuesday, May 22, 2012

apam dot-dot

salam..
tempahan apam dot-dot ..














terima kasih semua..atas tempahan..

Wednesday, May 16, 2012

Buat isteri dan anak...

Salam..

2 biji kek tempahan dari abangku, kadir buat isteri tersayang dan anak buahku , aim..
Happy bday semua..


Kek red velvet dgn cream cheese frosting.




Kek blueberry


tq sempat jua merasa kek adikmu ini di Shah Alam. 

Sunday, May 13, 2012

Kek Ana Muslim..

Salam...

Kek artwork Ana Muslim ini adalah tempahan seorang ustazah utk bday anak perempuan kesayangannya.
Moga gembira dgn kek ini..
Kek sponge strawberi dgn black cheery filing dan seberat 2 kg.





Thursday, May 10, 2012

Marble Cheese Brownies

Salam sejahtera semua..
mungkin selepas ni sy akan agak sibuk lagi...saya akan berpindah lagi..huhu..
destinasi....balik ke johor semula, apa2 pun...hidup harus diteruskan.

Marble cheese brownies ni buah tangan buat anakku ieema, yg menjemput kami , ummiabahnya ke rumah baru mereka utk makan tengahari.. Dah pandai masak anakku..moga jadi isteri solehah..insyallah. Masakannya sedap..gulai ketam masak lemak, ikan goreng bercili, ayam goreng berempah, sayur campur dan ikan masin..
berselera ummi makan..






kamera x berapa elok..gambar blur plk.


Friday, April 20, 2012

Hari Bahagia anakku ieema...part 2

Tanggal 8.4.2012 bertempat di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya..berlangsung majlis resepsi bagi kedua2 belah pihak..(majlis bersama).  Syukur dgn limpah dan izinNYa..majlis berlangsung meriah..Ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua yg terlibat secara langsung @ tidak langsung terutama kepada semua 'my lovely family', sanak saudara, rebeccacookies, nona klasik katering serta rakan2 @ sesiapa saja yg tidak tersebut di sini...jasamu tetap abadi dlm kenangan.

Masih mengekalkan tema peachoren..kali ini dari pihak perempuan dan biru dari pihak lelaki..suasana dewan berseri dgn kedua2 kombinasi warna ini..



suasana dewan



pengantin ..memotong kek
(kek butter dgn fondant deko..dr hasiltangan saya.)


kek pengantin dgn tema biru peach






kek 5 tingkat


senyuman pengantin


acara makan beradap...ni dari keluarga lelaki


decorasi di meja santapan pengantin



goodies utk tetamu...coklat



suasana di dewan



Semoga majlis ini diberkati dari Yg Maha Esa..dan penyatuan dua hati dan keluarga ini mendapat keredhaan dari Allah jua...moga mendapat anak2 yg soleh anakku...

Umi abah sayang kamu.....

Hari Bahagia anakku Ieema..part 1

Hari bersejarah dlm hidup anakku, siti fatimah...tanggal 6.4.2012 bila dgn resminya dia menjadi milik  Ahmad Shafri. Majlis akad nikah berlangsung di Yayasan Restu/Balai seni Islam bersebelahan dgn Masjid Negeri Shah Alam...
 Majlis berlangsung dgn selamatnya..sykur alhamdulillah. .dgn pihak lelaki menghadiahkan 9 dulang hantaran dan di balas dgn 11 dulang dr pihak perempuan..
Memandangkan dulu hanya majlis merisik saja..dimajlis ini berlangsung majlis pertunangan sebelum majlis akad nikah diadakan.
Pihak lelaki menghadiahkan hantaran serba peach oren, manakala pihak perempuan dgn tema biru ...semua hantaran hasil dr tangan sang pengantin dan keluarga.


cincin pertunangan dan pernikahan



mas kahwin dan hantaran



hadiah dari ke dua-dua pihak



peach oren dr lelaki




biru dari pihak perempuan





butter cake dgn fondant - tentunya dari hasiltangan saya



sirehjunjung






akad nikah dilakukan oleh ayah pengantin...my hubby



debaran sang pengantin



my lovely daughters and son



sang pengantin..penyerahan maskahwin



acara membatalkan air sembahyang dan sarung cincin




hari bahagia anakku.....moga sentiasa membina kebahagian dgn redha dari Allah..aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...